Friday, September 3, 2010

Ramadhan : Puasa, Syawal : Hari Raya

Assalamualaikum wbt.
Bahasa Melayu untuk pos kali ini (memartabatkan bahasa kita)...

Cakap pasal puasa, sebenarnya saya lebih suka berpuasa time kecik2 dulu kan.
Bebas, enjoy (walaupun tak menghayati sepenuhnya hikmah dan praktikal puasa tu). Cuma tau puasa dari makan dan minum je. Yang lain, langgar... Haihh...

Semua pun, saya jamin, 100% suka time puasa bila kocik2 dulu. Time darjah 3 - 4 dulu, pas sahur je, terus gi surau, subuh berjemaah. Pastu, lepak ngan kawan-kawan kat buaian sampai matahari tegak, haus, pi teguk air kat dapur bila line clear. Astaghfirullah... Tapi sekali je buat, pastu xde dah.

Pastu bila time berbuka, standby awal2 depan makanan, pastu melantak sampai perut dah nak terburai. Solat terawih pun lintang pukang. Part yang paling best ialah lepas terawih. Pakat ramai2 main macam2 jenis game. Yang wajib, MERCUN! (jangan main ye, bahaya!). Sambil dok main mercun tuh, kami pun main kejar2, sorok2 satu kawasan perumahan, main bola. Sampai ada yang kena marah sebab dok main mercun yang kuat bunyinya. Main sorok2 la paling best, terpekik macam apa ntah. Haha..

Tapi tu semua dulu, sekarang ni dah takde dah macam tu. Semua dah besaq panjang dah. Takkan nak main kejar2 pas terawih kot? Jatuh saham bila orang nampak. Tapi seriously, saya sangat2 lah merindui zaman kanak2 dulu. Seronok, tak tension, kurang tanggungjawab. Tapi jangan lah menyesal dan mengeluh. Kita hidup pun ada tujuan, bukannya main je sampai tua. Tanggunjawab besar dah mula, main2 tu zaman kecik.

Tapi best jugak kan bila baca newspaper, section Salam Perantau, masing2 (mostly students) wish selamat hari raya kat family, dengan background kat negara yang mereka bermastautin tu. Rasa cemburu (positif) pun ada juga. Entah bila la dapat fly ke luar eh. InsyaAllah Master or Ph.D nanti kot.

Hari ni dah 24 Ramadhan dah. Pejam celik pejam celik, dah nak raya kan. Masa ni memang jalan lajuuu sangat. Apalah sangat yang kita dah buat dalam "Holy Month" ni. Lagi seminggu je bulan ni akan meninggalkan kita. Cepat cepat! **Pesanan buat diriku yang lupa dan pembaca**

Raya? hemm, bila kecik2 dulu memang raya lah yang dinantikan sangat2. Rasa happy je malam raya, walaupun raya haji. Tapi sekarang dah tak sangat. Maybe lepas raya ada final exam, jadi nak enjoy raya pun memang tak dapatlah sangat. Banyak gak nak kena pulun time raya ni ; Physics (killer), Internet, English, BTQ (basic them of al-Quran). Chaiyok!

Penat gak dok mengarang nih eh... aiyayayay...

"Selamat Berpuasa dan Beribadah di saat - saat akhir ini"
"Selamat Hari Raya Aidilfitri"

^__^
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

2 spam(s)

  1. Correction:
    BTQ(Basic theme of Al-Quran)..

    hehehe..

    Selamat memburu lailatul Qadar...
    Selamat Hari raya Aidilfitri...maaf jika ada kekilafan...

    ReplyDelete
  2. pendek je pun kau taip da penat..

    ReplyDelete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
© Arimi KimiWarrior
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top