Friday, September 17, 2010

Syawal : Analysis (macam exam plak)

Assalamualaikum wbt.
Nak cerita pasal Syawal nih (excited ni...)
tapi sayangnya takde mood tetiba...haha
tapi takpe, taip gak.

Kita start cerita kita...

  • Time Syawal je cerita hantu kat tv, apakah?
Korang tak perasan ke? Time Syawal je CONFIRM 100% akan ada cerita hantu : momok, susuk, etc; mesti akan main kat tv. Kenapa ek? Betul gak cakap kawan saya, adakah mereka menyambut Syawal dengan pelepasan syaitan daripada belenggu? Mereka meraikannya? Fikir-fikirkanlah...

  • Cerita dari Kuala Kangsar, Perak.
Ok, sehari sebelum raya, family saya pulang ke kampung belah ayah, kat Kuala Kangsar, Perak. Totally hutan belantara yang memang tebal, memang nyaman + sunyi + tenang, tapi tak sesuai plak ngan diri ini yang dah biasa dengan suasana bandar yang sibuk lagi bising. Kat sana, coverage handphone pun takde, kecuali Celcom. Nasib baiklah pakai Celcom, boleh gak la dapat coverage, as well as ucapan raya yang banyak. Terima kasih eh pada yang wish. Selamat Hari Raya juga.

Berbalik pada cerita kat kampung Perak, memang best sebab dapat jumpa saudara yang jauh dan jarang jumpa kan. Tapi yang tak bestnya, suasananya,sunyi sangat. Gema takbir tak seberapa kedengaran macam biasa. Slack gak tuh... alaaa...hmm...

Keluarga kat Perak..hmm..actually, keluarga sebelah ayah saya ni, ada yang terpisah-pisah sejak kecil lagi. Orang dulu-dulu, miskin, anak ramai, so bagi la kat orang. Jadi terpisahlah dengan 2 orang. Tapi time raya aritu, salah seorang yang terpisah ni, datang ke rumah sepupu.  Muka dia, memang sebiji macam muka mak cu saya (dah nama pun adik beradik kan, of course la muka sama), cuma telah terpisah dari kecil sampai besar. Dia dah ada anak dan cucu ! Kemudian, barulah Allah pertemukan mereka. Cuma ada lagi seorang yang tak seberapa jelas untuk dijejaki. Harap2 boleh la, InsyaAllah. (boleh masuk Jejak Kasih ni).

  • Kisah di Sungai Udang, Melaka.
Raya kedua, bertolak ke Melaka. Ayah aku relax plak this time around. Aku ngan abang aku drive plak. Aku drive dari Ipoh - Dengkil, Selangor. Abang aku sampai ke kampung. So, ayah aku relax je kat belakang. Alhamdulillah selamat tiba di destinasi.

Oleh sebab lewat pulang ke Melaka, kami dah miss beberapa open house dan duit raya. Redha jelah. Raya kat Melaka best sebab banyak rumah kitorang pergi dan collect la duit raya..hoho...di samping mengisi perut dengan makanan sampai perut ni mau pecah. (Control makan tu sikit...)

Again, tak merasa ketupat pun tahun ni. Lambat sampai kat Melaka. Kalau ada pun, dah basi sebab raya kedua kan. Tapi xpelah... Dapat lemang pun ok la.

Duit raya yang berjaya dikutip = RM43, syukurlah kan...

  • Perbezaan loghat : Melaka vs Perak
Aku ni suka sebenarnya memerhatikan loghat setiap negeri, dan cuba try blaja cakap deme. Kalau loghat Perak, aku boleh faham, tapi nak balas, aku pakai bahasa KL. Tapi boleh la kot so far balas sikit2 guna loghat Perak Utara.

Diorang (KL) = Deme (Perak) = Depa (Penang dan utara)

Air (KL) = Ayor (Perak) = Ayaq (Penang dan utara)

Perak, dan negeri-negeri di sebelah utara pula banyak baku dari segi sebutannya. Konfirm time ujian lisan kat sekolah deme boleh skor sebab deme cakap baku benor.

Kalau loghat Melaka pulak, aku dah terbiasa sangat2. Sebab aku pun lahir kat Melaka, dan mak aku orang Melaka. Jadi selalu gakla loghat Melaka digunakan kat rumah. 

Seluar (KL) = Seluau (Melaka)

Keluar (KL) = Kulau, Keluau (Melaka)

Seronok gak kan belajar dialek negeri...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

*simple ending*
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

2 spam(s)

  1. Salam..arimi kalo nk dgar loghat utara yg best lg ko kna sndiri stay lama kat negeri blah utara nie...best...tau..hehe..mknan kat utara pon best..nt mai la jln2 kedah...=)

    ReplyDelete
  2. hehe InsyaAllah kalau ada rezeki nanti... memang nak pi kedah ni... InsyaAllah..huhu
    :D

    ReplyDelete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
© Arimi KimiWarrior
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top