Thursday, November 18, 2010

Pedoman dan Peringatan Buat Calon SPM

Sijil Pelajaran Malaysia atau pemendekannya ialah SPM. Tujuan penulis menulis artikel ini adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman yang telah dialami oleh diri penulis sendiri meskipun penulis ini masih bertatih. Apa yang mampu dikongsi, penulis cuba sedaya upaya untuk berkongsi.


"Berapa trial kau hari tu weh?". "Ala kurang je, 8A bla bla bla". Hmm.
Bila dok compare result, rasa down sebab aku dapat sikit je, dia dapat banyak.


Terus-terang sajelah, penulis menganggapkan SPM ni hanyalah umpama tiket untuk ke menara gading serta mendapatkan biasiswa. Lepas tu? Tak peduli dah. Orang tak tanya dah pun pasal SPM. Layak atau tidak untuk ke menara gading, semua itu bergantung kepada keputusan masing-masing. Ada yang dapat 10A pun tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, malahan yang mendapat 2A sahaja berjaya mendapatkan tempat di universiti. Paling kurang pun, ada yang berjaya ke kolej matrikulasi KPM. Selebihnya? Berhenti belajar dan terus bekerja atau menyambung pelajaran di kolej swasta.


Tapi, tolonglah beringat bila kita dah berjaya dapat seberapa banyak A yang kita target. 10 A ke, 100 A ke. Jangan sampai lupa diri pulak. Jangan mula nak eksyen bila kita dah selalu berada di atas, macam orang putih cakap. "The world doesn't revolve around you".


Kemana hilangnya "top scorer SPM" mereka...


Di tempat penulis belajar sekarang, ramai je dari sekolah2 top di Malaysia: MRSM, SBP, SBPI, TEKNIK, KISAS, DARUL QURAN, SMKA, MAAHAD, and etc. Hendak ceritakan, memang kebanyakan pelajar di sini semuanya kelahiran sekolah2 berprestij tinggi. Apakan daya, diri penulis hanyalah dari sekolah biasa sahaja, akan tetapi syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki di sini.


Bila dah cakap dari sekolah ternama sebegitu, besarlah kemungkinan bahawa mereka juga memperoleh keputusan SPM yang cemerlang, walaupun tidak kesemuanya.


Akan tetapi, apa yang sudah terjadi pada mereka? Dahulunya mereka berjaya memungut bilangan A yang terbanyak, bila tiba sahaja di sini, mereka terkandas.


Fakta penting : Kebanyakan mereka yang "top-scorer" SPM, adalah mereka yang "tersingkir" daripada pusat asasi ini.

Anda bayangkan bagaimana. From distinction in SPM, jatuh terjelepok di alam universiti/matrikulasi. Kenapa ya?


Antara sedikit sebanyak yang penulis nampak, kebanyakan mereka sudah mulai lalai di universiti. Mengapa?
Jawapannya : LAPTOP!

Ok, kenapa laptop pula? Kerana mereka sudah mula alpa dan hanyut di arus "Games, Facebook, Chatting, Movie, etc" Ya Rabbi dahsyatnya laptop ini! Akan tetapi, inilah yang berlaku kepada mereka! Setelah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam SPM, mereka merasakan sudah pandai dan mula belajar secara sambil lewa. Kelas? Of course, selalu 'tuang'. Mana taknya, tidur pun 5 minit sebelum subuh. Hmm...

Ada juga faktor lain, iaitu Culture Shocked. Dah biasa dekat sekolah dulu, cikgu suap semua benda, bagi latihan bermacam - macam, jadual hidup di control. Bila sampai universiti, jadual semua tetapkan sendiri. Pendek kata, pandai-pandailah hidup sendiri. Tiada siapa lagi nak control kita macam dekat sekolah dulu, rumah, asrama. Ada prep, dan latihan intensif. Lagi pula jika mendapat biasiswa/elaun/loan dari mana-mana pihak, shopping dan outing sakan lah.

Berbalik pada cerita SPM, penulis langsung tidak sama sekali hendak menyatakan bahawa SPM ini boleh diperlekehkan sampai tak perlu study. Bukan begitu.


Keputusan? Biarlah Rahsia...tak hebat mana pun



Konklusinya?

Tak kisahpun la nak main game ke, facebook ke, atau apa-apa sahaja. Yang penting, study itu nombor satu! Jangan fikir kita ini sudah bagus sangat sehingga lupa diri, dan khatimahnya, dropped out! Nauzubillah min zalik. Ingat lah sedikit ibu bapa kita yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, lagi-lagi mereka yang datang dari jauh untuk menghantar kita masuk ke universiti, dan mempunyai kehidupan yang sempit. Apa agaknya mereka rasa jikalau tahu bahawa anak harapan mereka gagal dan terkandas? Hancur remuk sudah pasti!


Coretan kata hati~
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

1 spam(s)

  1. hoho bila teringat spm ke pasti aku akan down sebab result aku sangat busuk..tapi tak apa, jalan didepan masih menannti ^_^'
    dan apa yang penting sekarang, apa yang kita belajar, apa yang kita score tu perlu di aplikasi, perlu diamalkan... tak guna belajar tinggi-tinggi score bagai nak rak tapi masih jalil...ini lah realitinya...all the best! :)

    ReplyDelete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
© Arimi KimiWarrior
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top