Sunday, February 27, 2011

Perjalananku kini di R&R (Rehat dan Rawat)




PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA / 
CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES, IIUM....


Alhamdulillah, setelah dua tahun berhempas pulas di pusat asasi ini, di mana letaknya di Petaling Jaya, dekat ngn Jaya One, MidValley, Shopping complex aku berjaya menamatkan pengajianku di sini. Jangan touching lagi Arimi. 

Banyak juga kenangan manis + pahit tercoret selama aku menetap di sini. Masalah study lah, event lah, assignment + project lah, mcm2 lagi. Semua ini menjadi pengasah untuk diri ini sebelum menghadapi situasi yang lebih mencabar di alam kampus kelak. 2 - 3 malam sebelum aku pulang ke rumah, aku berjalan2 seorang diri di lewat dinihari di sekitar CFS, memerhatikan keindahannya. Kadang-kala ditemani rommate2 tersayang juga. Sebak juga kadangkala. Apakah aku ni kuat tacing. =__="

Bukannya apa, every single path dalam CFS itu ada terpalit bermacam2 jenis memori selama dua tahun aku berada di situ. Detik2 yang tak boleh dibeli di mana2 pun. Benda yang menambahkan kesedihan ini bila dah kena berpisah pula dengan sahabat2 seperjuangan UIA yang akan berjuang di UIA Kuantan kelak. Bila kalanya lah boleh berjumpa dengan mereka? Lepak di bilik, bermovie, mengarut beramai2, huuh.

Ya, aku mengaku, aku ni memang seorang yang sentimental. Paling tidak pun, aku menghargai setiap daripada mereka yang pernah singgah di dalam hidupku ini. Walaupun diri ini tidaklah seberapa, tapi aku telah mencuba untuk menjadi yang terbaik! Aku akan rindu korang yang akan ke Kuantan nnti! tsk2... on9 la FB, YM slalu eh...huhu... //bak kata orang "Jauh di mata, dekat di Facebook, YM, Skype. :D


Katil yang telah banyak berjasa! <3<3


Kini aku bercuti selama tujuh bulan. Tempoh yang panjang ini boleh mengaratkan otak ini sekarat Fe3+ ! Iya lah kalau dah 24/7 menghadap internet je mana tak nye. Will be working soon, sekarang ni repair laptop kat rumah dulu lah...:D



Selamat Tinggal CFS IIUM Petaling Jaya, Hello UIA Gombak (bulan September nanti -___-)


Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

2 spam(s)

  1. jumpa nanti ye :)

    bleh aktifkan diri dalam ICT Student Society!

    ReplyDelete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
© Arimi KimiWarrior
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top