Monday, May 30, 2011

Camping Republic of 1991 - Highlights, Sweet Memories.

click here to read more...




Syukur alhamdulillah aku ditakdirkan untuk hadirkan diri ke camping anjuran republic 1991 ni. Walaupun aku masih newbie dalam group ni, tapi aku rasa happy sgt2 bila dpt join camping ni. Dapat kenalan baru, jumpa kawan lama >.< dan mcm2 lagi lah. Tak sia-sia aku mintak cuti semata2 utk hadirkan diri ke kem ni. ^_^


 Hari Pertama (27 Mei 2011)



di tengah perjalanan 


Aku bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 5.10 petang. Sebelum tu aku sempat servis motor kejap, tukar minyak hitam, wayar, dan mcm2 lagi (nak jalan jauh le katakan). Yang aku risaunya ialah tak kemas barang lagi time tu >.< [kemas barang2 on the spot, hebat gila].


Aku tiba di Mc Donalds Gombak, then call acap suruh dia tunjuk jalan. Bantai dia pergi suruh aku ke tempat LRT Gombak. Tau apa jadi lepas tu? Aku terlajak jalan ke Lebuhraya Karak, dan takde U-turn kat depan (paling dekat pun kat simpang Genting Highlands). WEII AKU MENJERIT2 ATAS MOTOR TAU. Aku membuat pusingan U kira2 20km semata-mata utk patah balik ke Gombak >.< Last2 kitorg jumpa dpn UIA je, kan senang! huh zzzzzzz (habis minyak akuu).


Aktiviti hari itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan sesi Ice Breaking. Dok ngarut reramai time perkenalan tu, sampai la masuk Isyak (mana taknye asyik gaduh pasal janggut =.=). Lepas solat, kitorang masak utk makan malam. Juadah kami ialah pizza domino,KFC,mc donalds maggi dan mee sedap sahaja. Walaupun makanan ni simple, tapi seriusly aku prefer mcmni, lagi sedap sbb kami masak beramai2. Terjalin ukhwah di situ..huhu.. (ada gak yg sempat dok bertweet2 lagi time menghidupkan api. (macamlah tweet2 tu boleh hidupkan api) >.<




bila perut dah kenyang (tangan di dada, mata ke atas)

Lepas dinner, kitorg bersiap2 utk aktiviti yg agak mencabar, iaitu Night Walk. Sembur repellent bagai nak rak, tapi kena gak pacat 3 ekor >.<


Dalam Night Walk tu, kami dihadiahkan dgn pelbagai2 jenis dugaan. Biasalah, dalam hutan kan. Macam2 benda terjadi, terlihat. Alhamdulillah Allah telah melindungi kami semua. Pergi sembilan orang, pulangnya lapan orang. Erk... (terbang rendah lari study kt bilik >.<)


Ermm, sebenarnya aku ada lah juga ternampak 'benda' itu time dalam hutan. Aku nak berpaling ke belakang sebab ada budak2 lain mengalami kesukaran utk turun bukit. Apabila aku menoleh ke hadapan, aku terlihat satu lembaga yang terbang laju di belakang salah seorang peserta camping. Laju, jelas juga dan terus hilang. Alhamdulillah aku tak begitu kaget akan benda itu. kusss selamat...


Night Walk terpaksa dihentikan apabila ada yang sudah tercedera sedikit akibat terjatuh time turun dari bukit yg agak cerun tuh. Baru nk jalan lama2, tapi takpelah. So kitorg balik dalam keadaan haus dan kegatalan. Sesampainya di bilik, aku jumpa hidangan hutan berupa pacat 3 ekor. 2 ekor dah kubunuh time di hutan lagi sebab gatal2 tetiba kt kaki, then aku picit kaki aku kuat2. Lagi satu, aku biarkan dia menghisap darah aku sepuas2 nya. Darah xhenti2 mengalir lepas tu...







Hari Kedua (28 Mei 2011)



Bangkit pukul 6.30 pagi, terus solat Subuh (sorang2), sbb diorg ada yg xbangun lagi... >.<


Lepas Subuh, terus sesi berkongsi luahan/pengalaman mengenai aktiviti malam tadi. Keluar balik cerita2 seram semasa night walk. Aku malas nk describe lebih2 la. Mcm korg dah tau je... hoho.. Then, sarapan dengan roti kaya sebelum jungle trekking (aktiviti favourite aku ni).


Dalam hutan, memang terbaik wok! Jalan2 dlm hutan. Acap sibuk ngn kamera dia, dok heret ke hulu hilir, kitorg plak yg risaukan dia, kalau la terjatuh dlm air. huuuu $$$$$$$ melayang.










lepas Jungle Trekking (tepi Lebuhraya Karak, kena hon ngn lori2 batak =.=)


excited sgt lettew 



banyak lagi gambar sebenarnya, tp aku mls nk share. Ni sume pun gambar atas ihsan Acap n Lisa..hehehe


Apabila tamat jungle trekking, ktorg pun balik la ke bilik. Ok lunch time. Aku tertidur zzzz . Sorry ye ^_^" Diorg bertungkus lumus dok masak utk ktorg, tp aku sedap terbongkang sbb penat sgt kan. I know, my bad.

sorry aku x join korg masak.... ;((



lunch istimewa yang disediakan! ^^



bila dah lapar, makan pun bersungguh2...





Ok, get ready to leave! Tp sblom tu, ktorg sempat lagi buat sesi luahan perasaan atas kertas kipas. Pergh, hard feelings kot baca komen2 korang..haha..satu komen negatif buat aku rasa serba salah pulak. #jgnnaktacingplak


kipas nasihat + souvenir... ^^




Kesimpulan


Macam nak buat report plak perlu ada kesimpulan =.=


  1. Aku mmg enjoy habis la join camping ni, walaupun tak tidur dalam khemah dan bilangan peserta sangat lah ramai (tangan di dada, mata ke atas). Korang plan lah lagi event cmni, lagi best kalau camping2 jugak mcmni.. hoho
  2. Pasal makanan tu, aku memang tak kisah langsung pun la. Aku xde la demand sgt pun nk order pizza la hape ntah. Tu cuma gurauan je, hehe.
  3. Thanks for everything, and sorry juga pada sesiapa yang selalu kena tembak (akan datang, boleh je) dan sesiapa  yg tak puas hati sepanjang keberadaan aku di sana. Harap kehadiran aku xde mendtgkan kesusahan kt korg. No hard feelings ok!
  4. Terima kasih kerana dok ajak aku datang acap oi...
  5. Terima kasih kawan2 baru dan yang dah kenal yg sudi datang : raf, acap, efa, lisa, khid, fida, zuhdi, sarah. Seronok kenal ngn korang ^_^
  6. Kalau utk upcoming event, make sure ramai lagi la budak2 republic dtg. The more we get together, the merrier will be! 
  7. I'm looking forward for a camping kat Bukit Cerakah (korg plan la).
  8. Hutang berbaki RM 2.80 akan kubayar pada kau efa =.=

See you guys again, InsyaAllah! ^_^



Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 spam(s)

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
© Arimi KimiWarrior
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top