Wednesday, September 25, 2013

Sambutan Hari ATM 2013

Tatkala aku melewati Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, kuterlihat bunting dan poster bergantungan di setiap batang pokok. Aku memberhentikan motorku untuk membaca dengan lebih lanjut akan kandungannya.


"Sambutan Perarakan Raksasa ATM ke 80. Dataran Merdeka, 21 dan 22 September 2013"

Aku simpan kemas tarikh tersebut untuk diluangkan di sana.

***

[Sabtu, 21 September 2013]

Setelah solat Subuh, segera aku bersiap-siap untuk ke Dataran Merdeka. Temu janji tiba. Kupecut terus motor melalui lebuhraya terdekat ke sana. Setibanya di sana, kulihat tepian jalan sudahpun dipenuhi dengan pengunjung.

Acara dimulakan dengan ketibaan VIP, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan timbalannya. Mereka masuk ke perkarangan tempat duduk menaiki kereta kebal.

Perbarisan dimulakan. Biarlah gambar berbicara.


Helikopter pembawa bendera
























"All women are created equal, then some become army."





















Pasukan payung terjun membuat terjunan.


















Persembahan jet pejuang. Yang ini serius best!

















Menakutkan betul teknik samaran ni!



Nampak macam Lego, tapi masih style.



Kebolehan tentera kita semasa dihutan iaitu menganyam dan menghasilkan barang-barang kayu dan buluh.



kalau kena kepala Basyar/Sisi ni mesti puas hati



Banyak lagi gambar tapi tak terdaya nak upload semua. Ada gambar yang tak diberi 'caption'nya. 

Aku sempat juga menggunakan khidmat servis percuma yang disediakan seperti 'medical and dental checkup'. Habis kena 'tiaw' bila datang pada pemeriksaan kesihatan. 

Sebab seronok sangat, aku memutuskan untuk datang pada hari kedua. Kebanyakkan jentera-jentera tentera dibuka untuk dinaiki oleh pelawat. Aku tak sempat merasa, cuma hanya melihat dari luar.

Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi terpaksa aku potong, tatkala aku menulis ini sudahpun lewat pagi dan aku ada kuliah di awal pagi esok. Jadi mana yang sempat sahajalah aku coret di sini untuk dikongsi bersama yang tak dapat datang. Bagi yang meminati benda sebegini, memang rugi besarlah kalau tak datang! 


***

Sambutan Hari ATM kali ini merupakan kali yang pertama aku hadir. Aku sangat berharap agar sambutan sebegini diadakan lagi pada tahun hadapan. Selalunya jika aku bertandang ke mana-mana ekspo/karnival, aku cuma luangkan tak sampai sejam rasanya, tapi tidak untuk program ini. Sampaikan tona warna kulitku menjadi gelap sedikit dek berpanas di tengah padang dataran melawati semua booth yang ada.

Aku tak tahu kenapa minat aku terhadap ketenteraan mula bercambah dan kuat dalam diri ini. Mungkin kerana ayah aku merupakan bekas anggota tentera, jadi kemungkinan ada sedikit bahagian darahnya itu mengalir dalam diri ini. Tapi, bila nak ukur dari segi ketahanan fizikal dan mental, aku memang kalah dengan ayah aku. Dia yang kini berusia hampir 60 tahun, tetapi staminanya jauh mengatasi aku yang baru berusia 22 tahun. Malu pun ada juga.



Ayahku semasa berada di dalam servis. (1976 - 1986)


Sejujurnya aku mula rasa menyesal kerana tidak menyertai pasukan PALAPES semasa berada di tahun satu dulu. Kini aku sudah berada di tahun ketiga pengajian, sudahpun terlambat rasanya. InsyaAllah jika tiada aral melintang, jika ada jodoh dan rezeki serta mental yang kuat, bertemulah aku selepas habis pengajian ijazah. Aku sudah berbincang mengenai perkara ini dengan ibu bapa aku. Nampaknya ayah aku bagi 'green light', manakala mak agak keberatan.

Betapa terkesannya program sambutan hari ATM ini, sehingga aku yang dahulunya minat sekadar biasa-biasa sahaja dalam bidang ketenteraan, kini menjadi minat yang luar biasa. Malam di mana rakan-rakanku sibuk mengulangkaji untuk 'test' keesokkan harinya, aku sibuk membaca dan menggoogle segala info mengenai tentera. Tak sangka pula macam ni jadinya. 

Dalam pada itu, mula timbulnya kesedaran dalam diri. Bersyukurnya masih diberi peluang untuk hidup di dalam suasana yang aman dan harmoni, walaupun dihidangkan dengan isu politik negara yang tidak pernah padam. Tatkala kita sedang enak dibuai mimpi di atas katil yang empuk, perwira-perwira di dalam gambar di atas ini sedang berjaga sepanjang malam. Jika ada peluang untuk melelapkan mata, mereka mungkin beralaskan tanah dan berbumbungkan langit, dicampur pula dengan hiasan-hiasan serangga dan binatang berbahaya yang menjalar di mana-mana. Rasa sebak, serius tak tipu. Mereka mengorbankan masa, tenaga, keluarga demi menyahut seruan ibu pertiwi. Sanggupkah anda? Kadang-kala sakit hati juga apabila membaca komen serta tohmahan buruk terhadap mereka, walhal pengorbanan besar mereka seringkali dilupakan. 

The Unsung Heroes

Sebelum melelapkan mata, apa kata kita panjatkan sedikit doa buat mereka, semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi mereka, semua pejuang-pejuang negara. Moga Allah menerima segala pengorbanan mereka sebagai ibadah yang mulia dan berterusan. Tanpa mereka, dengan izin Allah, tak mungkin kita merasa apa nikmat yang kita kecapi kini. 

Terima kasih, perwiraku. 


Serius rasa terkedu pula bila mereka sarung kepala aku dengan beret biru muda tu. 



Moga suara kecil aku ni sampai pada mereka. Manalah tahu mereka terbaca...

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

8 spam(s)

  1. suka blog ini. keep your skills up!

    ATM the best! (h)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! Appreciate that. I'm getting worse from day to day since I've not been writing for a long time. :(

      Delete
  2. Rugi tak datang. Menyesal laaaaaaaa :(

    Mesti best kan?

    ReplyDelete
  3. GOOD JOB,BRO!
    TERUSKAN SEMANGAT JUANGMU!

    YG IKHLAS BERKHIDMAT,
    LEFTENAN MUDA FARRIL FARDAN

    ReplyDelete
  4. Perghh dapat pakai beret NATO tewww. Tahniah. Respect semangat ketenteraan yang ko ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ko pun bakal 'tuan' kan tak lama lagi. Thanks sudi jenguk blog aku yg serba kekurangan ni. hehe :)

      Delete

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
© Arimi KimiWarrior
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top